Tuesday, December 20, 2011

friend from hell 1

Hari nie aku nak menyingkap kenangan tahun lepas,
terkenangkan saja perkara ini ,pasti rasa nak menangis.
Aku pernah  tinggal di asrama .
aku kira tinggal di asrama itu seronok tapi indah khabar daripada rupa.
aku tinggal bersama 8 orang 'kawan' di dalam 1 kamar.
ada yang baik ada yang kurang menyenangkan.
Aku diuji dengan pelbagai rintangan sepanjang aku berada di situ.
ingin aku ceriitakan satu peristiwa yang membuatkan aku rasa ingin sekali marah.
Pada suatu hari ,aku terbangun subuh pada pukul 6:15.
peraturannya mesti ke surau pada pukul 5;40
dan bayangkan tak ada siapa pun yang membangunkan aku.
betapa selfishnya mereka..
ingin juga aku suarakan hal ini ,
tapi apakan daya ,aku tidak mahu menimbulkan pergaduhan.
emm..tak mengapa ..aku diamkan saja..
mungkin mereka terlupa..
namun,perkara ini berlarutan dan aku tidak mampu menyuarakan pendapat
pada waktu malam pula,
mereka asyik membuat bising dan 
bunyinya seperti makcik- makcik yang sedang menjual ikan 
di pasar
hanya tuhan saja tahu bagaimana perasaan aku pada waktu itu
apakah wajar mereka membuat bising pada waktu orang ingin melelapkan mata
mereka ini sangat mementiingkan diri..
sudahlah bergosip di tengah malam
ini pula menggangu orang yang mahu tidur.
seperti kejadian yang sebelumnya aku terus mendiamkan diri.
hinggalah pada suatu hari.....

No comments:

Post a Comment